Monday, 14 September 2015

Cengkih

Sangat efektif bagi mengurangkan sakit gigi. Beberapa orang doktor gigi menggunakan cengkih bagi mensteril gigi sebelum ditampal. Sekiranya, sakit tekak kunyah dan hisap cengkih. Cara ini dapat menyembuhkan rasa sakit.
Sumber: rasulullah is my doctor!

Friday, 11 September 2015

Ilmu- keampunan dan pahala yang besar

Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan wanita yang benar, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang khusyuk, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar (syurga).
(Al-Ahzaab: 35)
Sumber: stop neraka!

Thursday, 10 September 2015

Roti telur bakar vs roti poket wafy


        
Minum petang yang simple ajeee..roti telur bakar tu nak buatnya campurkan susu pekat dalam telur dan pukul sedikit lalu masukkan roti bakar dengan marjerin..roti poket tu pulak..gelekkan 2 keping roti pastu tekup dengan benda bulat..gelas pun boleh..celup ke dalam telur dan serbuk roti..goreng..da sejuk..belah dua..inti plak..wafy buat inti kari ayam tuk kali ni..tumis bawang besar ( potong dadu kecik2) dan bawang putih (hiris halus) hingga naik bau..masukkan serbuk kari dan serbuk lada hitam. Kemudian ayam kisar dan kemudian kentang..masukkan sedikit air..garam dan gula..suai rasa..ok da siap..sejukkan..masukkan dalam poket roti tu ye..haaaa..da siapp! Ok selamat mencuba..untuk inti tu boleh je cuba yang lain..yang dirasakan sesuai dan sedap..tak gituuuu. :)

Wednesday, 9 September 2015

Nasi lemak ayam berempah wafy

    
       
Nasi lemak ayam goreng berempah wafy..ok jom tengok bahan-bahan dan cara buat nya..senang sajaaa..bahan-bahan nak buat: 1- sambal bilis
Ikan bilis
Bawang merah } kisar
Bawang putih }kisar
Halia }kisar
Bawang besar } hiris
Serbuk cili/ cili kering (kisar)
Air
Air asam jawa
Sos cili
Gula
Garam
Cara membuatnya:
Tumis bahan kisar hingga bau wangi. Masukkan gula. Kacau. Masukkan sos cili. Air asam jawa..air..masukkan ikan bilis..garam.bawang besar..suai rasa. 

2-Rebus telur bersama sedikit garam..

3-Masak nasi bersama santan, air dan daun pandan.

4-Goreng ikan bilis hingga garing

5-Ayam berempah.. Perap ayam yang telah dipotong selama sejam atau semalaman bersama halia, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai} kisar dahulu.. Serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari ayam, sedikit gula dan garam. Kemudian goreng. 
Ok da siap nasi lemak ayam berempah wafy..sedia dihidang..selamat mencuba.. :) kalau nak letak kacang tanah pon boleee. 


Monday, 7 September 2015

Ilmu- 13 tip menjadi isteri cantik dan solehah

1.Sanggup berkorban
2.menjadi sumber semangat
3.penyejuk mata
4.mempunyai rasa tanggungjawab
5.ibu sejati
6.mudah memaafkan
7.pemalu
8.pembimbing dan penghibur
9.penyeri hidup
10.tiang rumah tangga
11.tidak jemu memohon ampun
12.menjadi isteri idaman
13.menjadi muslimah sejati
Sumber:60 tip menjadi isteri cantik dan solehah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...