Rasul dan Jibril kemudiannya melewati golongan yang kepala mereka ditimpa batu hingga remuk. Setiap kali kepala mereka pecah akan kembali semula seperti asal dan keadaan itu terus berulang. Mereka itu adalah orang-orang yang kepala mereka berat apabila hendak menunaikan solat. Kemudian Rasulullah s.a.w dan Jibril pula melalui golongan yang mana alat kelamin mereka disumbat, mereka makan rumput dan makanan berduri dan zaqqum ( pohon neraka) dan batu-batu neraka Jahanam. Mereka ini adalah golongan yang tidak mahu mengeluarkan sedekah dengan harta mereka.
Mereka seterusnya berjalan melalui seseorang yang mengumpulkan seikat kayu yang banyak,tidak mampu dia mengangkatnya, namun dia masih menambahnya lagi. Golongan ini adalah mereka yang diberi amanah untuk dilaksanakan namun mereka tidak melaksanakan dan masih lagi ingin menambah amanat itu. Kemudian Rasulullah dan Jibril terus berjalan dan melewati golongan yang memotong bibir dan lidahnya dengan menggunakan gunting daripada besi dan apabila bercantum ia kembali ke asal dan digunting lagi. Mereka ini adalah golongan yang menyebarkan fitnah.
Rasul dan Jibril terus melewati sebuah batu kecil, yang dari dalamnya keluar lembu jantan yang besar, lalu lembu itu ingin masuk semula ke tempat ia keluar tadi namun ia tidak mampu. Golongan ini adalah mereka yang mengucapkan perkataan yang besar, lalu dia menyesalinya dan dia hendak menariknya kembali, namun tidak mampu. Kemudian Rasul dan Jibril berjalan melalui sebuah lembah, di sana berhembus angin sepoi-sepoi dan mengeluarkan bau yang harum disertai suara desiran. Dan itu adalah syurga. Golongan yang beriman kepada Allah, rasul-rasul, mengerjakan amal soleh, tidak menyekutukan sesuatupun denganKu dan tidak mengambil tandingan selain daripada Aku akan dimasukkan ke syurga.
Rasul dan Jibril berjalan melalui lembah dan mendengar suara yang tidak mengenakkan. Dan itu adalah suara neraka Jahanam. Setiap orang musyrik lelaki mahupun wanita, setiap orang yang buruk, lelaki mahupun wanita, setiap orang yang tidak mahu beriman kepada hari hisab akan dimasukkan ke neraka.
Sumber Stop syurga!
No comments:
Post a Comment