Thursday 20 August 2015

Ilmu- islam itu indah

Pintu-pintu neraka

1- hawiyah
     Pintu ini untuk kaum munafik dan orang- orang kafir

2- jahim
    Pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah

3- pintu ketiga untuk kaum Sabian ( penyembah api)

4- lazza
    Pintu ini untuk syaitan dan para pengikutnya serta para penyembah api

5- huthamah
    Pintu ini untuk kaum Yahudi

6- Sair
    Pintu ini untuk kaum kafir

7- jahanam
    Jibril menjawab "pintu ini adalah untuk umatmu yang angkuh, yang mati tanpa menyesali dosa- dosa mereka".

Bentuk bentuk seksa neraka

Rasullullah s.a.w menjelaskan bahawa terdapat banyak bentuk seksaan penghuni neraka..

1- dipatuk ular dan disengat kala jengking
     Apabila ular itu mematuk penghuni neraka tersebut, panas pedihnya patukan ular itu selama 70  tahun. Kala jengking di dalam neraka pula adalah bagaikan sebesar keldai dan apabila menyengat penghuni neraka, sakitnya adalah selama 40 tahun.

2-kepala disiram air mendidih
    Air mendidih ini akan disiram dari hujung kepala hingga keseluruhan tubuh. 

3-dimasukkan ke lubang yang sempit 
    Rasullullah s.a.w menjelaskan bahawa penghuni neraka akan diseksa dengan dimasukkan ke dalam lubang khusus bernama Bulas yang sangat sempit dan lemas sehingga berpeluh darah dan nanah.

4-dipukul dengan api pada bahagian badan tertentu
    Baginda bersabda" di antara penghuni neraka ada yang diseksa dengan pukulan api pada kedua buku lalinya, pada kedua lututnya, pada pusatnya dan ada pula yang diseksa dengan pukulan api sehingga ke paras bahunya".

5-tubuh penghuni neraka berbau busuk menyengat
    Rasullullah s.a.w menceritakan tubuh penghuni neraka berbau busuk menyengat. Baginda bersabda " seandainya satu timba berisi nanah yang mengalir dari penghuni neraka menimpa kehidupan dunia, nescaya penduduk dunia menjadi busuk baunya".

6-perut penghuni neraka dijadikan kering kontang
    Rasullullah s.a.w menjelaskan penghuni neraka akan berasa lapar yang mencengkam. Rasa lapar ini akan membuatkan mereka benar-benar rasa terseksa. Mereka akan meminta untuk diberi makan dan makanan yang diberikan adalah berbentuk pohon berduri yang tidak menghilangkan rasa lapar.
     Mereka terus meminta makanan lalu diberikan makanan yang menyumbat di kerongkong. Setelah itu mereka meminta minuman untuk menghilangkannya lalu dihidangkan air yang mendidih dengan besi pengait. Ketika wajah mereka telah dekat, air mendidih itu memanggang wajah mereka dan jika air itu telah sampai diperut, cairan itu akan memotong-motong isi perut mereka.

7-seksaan paling ringan di neraka
    Nyalaan api yang dapat menyebabkan otak mendidih merupakan bentuk seksaan yang paling ringan di neraka bagi penghuni neraka.

Sesungguhnya neraka Jahanam itu benar, seksa kubur itu benar dan seksa Allah itu sangat keras!

Sumber stop syurga!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...