Wednesday, 9 September 2015

Nasi lemak ayam berempah wafy

    
       
Nasi lemak ayam goreng berempah wafy..ok jom tengok bahan-bahan dan cara buat nya..senang sajaaa..bahan-bahan nak buat: 1- sambal bilis
Ikan bilis
Bawang merah } kisar
Bawang putih }kisar
Halia }kisar
Bawang besar } hiris
Serbuk cili/ cili kering (kisar)
Air
Air asam jawa
Sos cili
Gula
Garam
Cara membuatnya:
Tumis bahan kisar hingga bau wangi. Masukkan gula. Kacau. Masukkan sos cili. Air asam jawa..air..masukkan ikan bilis..garam.bawang besar..suai rasa. 

2-Rebus telur bersama sedikit garam..

3-Masak nasi bersama santan, air dan daun pandan.

4-Goreng ikan bilis hingga garing

5-Ayam berempah.. Perap ayam yang telah dipotong selama sejam atau semalaman bersama halia, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai} kisar dahulu.. Serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari ayam, sedikit gula dan garam. Kemudian goreng. 
Ok da siap nasi lemak ayam berempah wafy..sedia dihidang..selamat mencuba.. :) kalau nak letak kacang tanah pon boleee. 


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...