Gusi berdarah
Minum jus tomato sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Hal ini bertujuan untuk menguatkan gusi dan menghentikan pendarahan.
Mata
Amalan memakan tomato segar secara teratur meningkatkan kemampuan penglihatan dan mengurangkan masalah mata.
Ulser
Berkumur dengan jus tomato yang dicampurkan sedikit air secara teratur dapat menyembuhkan pecah-pecah pada bibir, lidah dan mulut.
Masalah kulit
Minum jus tomato dua hingga tiga kali sehari. Langkah ini dapat membersihkan darah dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Jus tomato yang dicampurkan dengan minyak kelapa, kemudian ditenyehkan pada kulit, berkesan bagi menghilangkan masalah kulit kering dan menghentikan kegatalan.
Gangguan perut
Makan tomato mentah yang ditaburu garam hitam dan serbuk lada hitam, dapat menyembuhkan masalah pencernaan dan meningkatkan selera makan.
Cacing
Makan beberapa tomato segar yang ditaburi garam batu, serta serbuk lada hitam ketika perut kosong dapat menghapuskan cacing perut.
Sumber Rasulullah is my doctor
menarik info ni.. buku dah beli tapi still in Q nak baca. buat saya bersemangat nak baca cepat2
ReplyDeleteOoo..da ad buku tu ek..kna hbis kn cpt2 la cmtu.hihi
ReplyDelete