Thursday, 20 August 2015

Ayam masak halia

ape menu kalian tadi?tadi wafy buat ayam masak halia versi wafy la ye..hihi..nak tau ape bahan-bahan nya..jom singgah-singgah klik wafyhouse..
ayam masak halia versi wafy

Bahan-bahan:
bawang putih (dimayang halus)
halia (dimayang halus)
bawang besar (dibelah 4)
cili hijau
cili padi
gula
garam
serbuk lada hitam 
air
lada sulah
sos tiram

Cara memasak:
1.  Gaul ayam dengan garam dan lada sulah. Goreng hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Tuang sos tiram dan sedikit air.
4. Masukkan ayam goreng, bawang besar, cili hijau, cili padi dan serbuk lada hitam.
5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Siap untuk dihidang..
selamat mencuba!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...