Thursday, 20 August 2015

Kek coklat marbeless

kek coklat marbeless
kek ni buat sebab ada cikgu sekolah tu request..jadi terhasil la kek ni..gambar atas ni belum topping lagi..panas panas lagi baru masak.hihii..nak tahu bahan-bahan nya..jom klik klik wafyhouse..bahan-bahan yang mudah didapati dan sangat senang untuk buat kek coklat marbeless ni..ok..jom check bahan-bahan ada ke tak..kalau takde boleh la pegi beli dulu ye pagi-pagi esok.hihi

Bahan-bahan
1 cawan marjerin
1 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan gandum
3/4 cawan susu cair (boleh juga susu segar)
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula
3 biji telur
baking powder
soda powder
esen vanila

Cara membuatnya:
1. Ayak gandum bersama baking powder dan soda powder. Ketepikan.
2. Masak serbuk koko, gula, marjerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api yang perlahan dan jangan sampai hangus (nanti kek kurang sedap lak..kannn)
3. Biarkan kek sejuk dahulu barulah dimasukkan telur yang telah dipukul bersama esen vanila. Kacau sebati. Tambahkan tepung gandum dan sebatikan.
4. Kukus selama 1 jam dan biarkan sejuk baru diletakkan toping dan dipotong..ok da siap!


kek coklat yang siap dengan topping

ok..selamat malam..selamat mencuba..kalau jadi komen-komen la ye..kalau tak jadi tak dapek den nak nolong..hihiii.

4 comments:

  1. Resepi yang bagus!
    Mengidam atau mengada-gada? Tanya badan anda Mengidamkah?

    ReplyDelete
  2. Wahh..sedapnya.. Zati memang suka kek coklat.. ni Thumps Up !!
    * telan aliur jelahh.. tengok gambar huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa zati blh je try buat..sng je ponn..bhn pon sng dpt.hee

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...