Friday, 21 August 2015

Ilmu-Permintaan iblis kepada tuhan

Dinyatakan dalam hadis sahih"sesungguhnya iblis pernah mengajukan permintaan kepada Tuhan, 'Wahai Tuhan, Engkau sudah mengeluarkan aku dari syurga kerana masalah dengan Adam, dan aku tidak akan dapat menguasai dia kecuali dengan PenguasaanMu'. Allah berfirman, 'kau dapat menguasai Adam'. Iblis berkata, 'tambahkan kuasa untukku'. Allah berfirman, " tidak dilahirkan anak Adam melainkan anakmu juga lahir sebanyak anaknya Adam. Iblis berkata, " Tambahkan lagi kuasa untukku". Allah berfirman, 'Hati anak Adam menjadi rumahmu dan kau dapat berjalan melalui aliran darah mereka. Iblis menambah,"Tambahkan lagi kuasa untukku". Allah berfirman, siapkan pasukan berkudamu dan pasukan pejalan kaki untuk menghadapi anak cucu Adam. Gunakanlah harta sebagai sekutumu untuk menghadapi mereka dengan menghasut mereka ke dalam perkara yang haram dan menghasilkan harta dengan cara yang haram. Dan untuk anak-anak remaja, arahkan mereka ke jalan yang haram seperti bersetubuh dalam waktu haid, pergaulan bebas, berbuat syirik dan bertuhankan selain diriKu. Arahkan mereka kepada keyakinan sesat dan salah, jadikan pekerjaan mereka tidak halal. Beri mereka janji-janji yang palsu atau tidak benar mengenai pertolongan Ketuhanan. Pengaruhi mereka supaya mereka memuja nenek moyang, menunda taubat dan banyak berkhayal dan berangan". Semua itu jalan untuk menyesatkan mereka.
         Pada masa yang sama,Adam juga memohon kepada Tuhan, " wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau telah memberikan kekuasaan kepada iblis untuk aku. Dan aku pun tidak mungkin menolaknya kecuali dengan pertolonganMu. Allah berfirman, "tidak dilahirkan seorang anak keturunanmu melainkan  Aku menyerahnya kepada malaikat yang menjaga mereka. Adam berkata," tambahkan lagi kekuasaanMu ke atas anak keturunanku wahai Rabb. Allah berfirman "setiap kebajikan pahalanya akan dilipat gandakan 10 kali ganda. Adam berkata lagi, tambahkan lagi kekuasaanMu untuk anak keturunanku wahai Tuhan. Allah berfirman" Aku selalu menerima taubat anak keturunanmu sebelum nyawa mereka terlepas dari badan. Adam berkata lagi, tambahkan lagi kekuasaanMu untuk anak keturunanku wahai Tuhan. Allah berfirman "Aku akan mengampuni mereka walau sebesar mana pun dosa mereka. Adam berkata, jika sedemikian, aku sudah merasa cukup dan rela. 
        Iblis meninggikan suara dan berkata "wahai Tuhan, ciptakan utusan-utusanku daripada anak keturunan Adam. Allah berfirman 'Ahli nujum'. Iblis bertanya, ' apa kitabku dijawab ' tahi lalat ciptaanmu'. Iblis bertanya lagi 'apa hadisku. Dijawab 'pembohongan'. Selepas itu ditanyakan pulaa apa quranku' dijawab 'nyanyian yang melenakan'. Iblis bertanya lagi siapa penyeruku. Dijawab seruling. Iblis berkata 'dimana masjidku' dijawab di pasar- pasar. Iblis terus bertanya dimanakah rumahku dan dijawab di tempat-tempat mandi. Iblis bertanya lagi apakah makanan dan minumanku. Dijawab semua makanan yang tidak menyebut AsmaKu dan semua minuman yang memabukkan. Dan apabila iblis bertanya apakah perangkapku maka dijawab WANITA. 

      "Sesungguhnya syaitan ini tidak ada kekuasaannya ke atas orang-orang yang beriman dan           bertawakal kepada Tuhannya"(An -Nahl:99)

Sumber Stop Syurga!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...