Wednesday 19 August 2015

Kek Marble Wafy


Kek Marble Wafy adalah sempena gabungan nama kami berdua. Nama sebenar kami dirahsiakan.
Kek ini adalah kek pertama yang saya buat untuk suami selepas bergelar isteri. Dibawah ini saya sediakan resepi Kek Marble Wafy:

Bahan-Bahan:
250g Mentega
220g Gula Perang
4 biji Telur (pukul sehingga kembang)
200g Tepung Naik Sendiri
Serbuk Koko
Esen Vanilla
Baking Powder

Cara membuat Kek Marble Wafy:
-Ayak tepung naik sendiri bersama baking powder. Ketepikan
-pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang
-masukkan 4 biji satu persatu dan pukul sehingga kembang
-masukkan esen vanilla dan tepung naik sendiri dan kacau hingga sebati
-bahagikan adunan kepada dua bahagian
-masukkan serbuk koko ke dalam satu bahagian adunan
-sapukan loyang dengan mentega dan gandum
-masukkan adunan berselang seli (ikut suka)
-bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit (sehingga masak)
-sejukkan dan sedia dihidang

Selamat Mencuba..
Kalau dah cuba, boleh share disini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...