Wednesday 19 August 2015

puding karemel gula hangus

Puding karemel gula hangus wafy in d house!!
puding ni buat masa puasa hari tu..sedappp..hihi.ni request dr en hubby..ni kalau letak dalam peti lagi marbelessss..jom kita tengok bahan-bahan nya..nanti boleh la cuba yer.. senang jer nak buat nya..ok mula-mula...

Bahan-bahan:
3 s/b gula
4 keping roti (apa-apa jenis roti)
4 biji telur
1 cawan air suam
1 cawan susu cair/susu segar pon bolee..
1 cawan susu pekat (boleh kurangkan jika suka kurang manis)
Esen vanila

Cara membuatnya:
-masukkan gula dalam periuk dan masak hingga perang. jangan terlalu perang nanti hangus dan rasa sedikit pahit.
-masukkan sedikit air suam dan kacau hingga sebati. tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
-panaskan pengukus. Blender roti bersama air suam dan susu.
-masukkan telur yang telah ditapis dan esen vanila. Blender lagi sehingga sebati.
-tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dan kukus selama 40 minit (sehingga masak).
-sejukkan dan sedia dihidang.

p/s:kalau tak nak puding tu tekstur berlubang, kacau sekejap sahaja adunan.jangan sampai berbuih. nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dulu yer..
ok..selamat mencuba..
kalau dah cuba boleh la share-share di sini yer.hihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...